SISTEM WEB & DATABASE
Bukan Sekadar Website. Bina Sistem Untuk Mengurus Operasi Anda.
Apabila perniagaan semakin berkembang, website biasa mungkin tidak mencukupi. Anda mungkin perlu mengurus ahli, pelanggan, tempahan, transaksi, komisen, rekod atau data operasi dengan lebih tersusun.
KUI menyediakan pembangunan Sistem Web & Database yang disesuaikan mengikut keperluan organisasi dan proses kerja anda.
Apa Itu Sistem Web & Database?
Website Yang Boleh Melakukan Kerja, Bukan Sekadar Memaparkan Maklumat
Website biasa banyak digunakan untuk memperkenalkan syarikat, produk atau servis.
Sistem Web pula mempunyai fungsi tertentu yang membolehkan pengguna melakukan sesuatu seperti mendaftar, log masuk, membuat tempahan, menghantar maklumat atau mengurus akaun. Termasuk mengira komisyen jualan anggota secara auto dan menyimpan data pinjaman untuk koperasi secara keseluruhan sistem mahupun sekadar laporan untuk paparan untuk anggota.
Database menjadi tempat data sistem disimpan dan diurus secara tersusun mengikut fungsi yang dibangunkan.
Apa Yang Sistem Boleh Urus?
PENGURUSAN AHLI
Pendaftaran, profil, status dan maklumat ahli dalam satu sistem.
DATA & REKOD
Simpan dan urus rekod seperti kiraan bonus, komisyen anggota atau ahli mengikut struktur yang diperlukan oleh organisasi.
TEMPAHAN
Mengurus maklumat tempahan pelanggan dengan lebih sistematik.
TRANSAKSI & BAYARAN
Merekod maklumat transaksi atau status bayaran mengikut fungsi sistem.
LAPORAN & DASHBOARD
Memudahkan pihak pengurusan melihat maklumat penting melalui panel pentadbir.
AUTOMASI PROSES
Mengurangkan proses manual bagi tugasan yang sesuai untuk diautomasi.
Jenis Sistem Yang Boleh Dibangunkan
Pilih Sistem Mengikut Keperluan Organisasi Anda
SISTEM MEMBERSHIP / KEAHLIAN
Untuk organisasi atau komuniti yang memerlukan pendaftaran, akaun ahli, profil dan pengurusan keahlian.
SISTEM KOPERASI
Membantu mengurus maklumat anggota, rekod dan fungsi tertentu berdasarkan keperluan operasi koperasi.
SISTEM AFFILIATE
Mengurus pendaftaran affiliate, referral, rekod jualan dan pengiraan komisen berdasarkan struktur program yang ditetapkan.
SISTEM TEMPAHAN
Untuk homestay, kereta sewa atau perniagaan yang memerlukan pengurusan tempahan secara dalam talian.
SISTEM MLM / NETWORK
Sistem pengurusan ahli, rangkaian dan fungsi berkaitan pelan pemasaran yang ditetapkan oleh organisasi.
SISTEM BINARY
Pengurusan struktur rangkaian binary dan rekod berkaitan berdasarkan spesifikasi sistem.
CUSTOM DATABASE SYSTEM
Jika keperluan anda tidak terdapat dalam senarai, sistem boleh dirancang berdasarkan aliran kerja dan keperluan organisasi anda.
Pilih Sistem Mengikut Keperluan Organisasi Anda
Bagaimana proses membina website databse dan sistem dibuat..
Website Profesional atau Sistem Web?
Kenali perbezaannya supaya anda dapat memilih mengikut keperluan perniagaan atau organisasi anda.
