ILMU & LATIHAN KUI
Belajar. Faham. Praktikkan. Bina Secara Berperingkat.
Komuniti Usahawan KUI menyediakan Siri Pendidikan Usahawan untuk membantu anda yang baru bermula mahupun yang sedang berniaga menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan, pemasaran, produk, teknologi dan pembangunan perniagaan.
Kandungan dikongsikan secara PERCUMA melalui tiga saluran utama KUI. Setiap saluran mempunyai fungsi tersendiri supaya anda boleh mengikuti pembelajaran daripada siri terkini sehingga kandungan yang lebih lengkap.
Dapatkan siri pendidikan terkini bersama penerangan, visual dan perkongsian berkaitan keusahawanan, pemasaran, website, teknologi serta perkembangan KUI.
Kandungan pendek, padat dan mudah difahami. Ikuti siri pendidikan terbaru serta idea dan panduan keusahawanan secara berperingkat.
Setiap siri pendidikan disusun dalam bentuk yang lebih lengkap untuk membina sebuah Library Pendidikan Usahawan KUI yang boleh anda rujuk semula apabila diperlukan.
Ikuti ketiga-tiga saluran KUI untuk mendapatkan siri terkini, perkongsian tambahan dan Library Pendidikan Usahawan yang lebih lengkap — semuanya secara percuma.
